Shuib Ucap Terima Kasih Atas Doa Semua Orang Untuk Arwah Siti Sarah Tapi Ada Satu Lagi Perkara Shuib Minta Dari Semua

Dunia tanpa sempadan pada hari ini membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan maklumat dengan pantas.Ia termasuk berita k3malangan, k3matian dan sebagainya.

Namun, dalam berlumba-lumba berkongsi maklumat, ada pihak yang kurang peka dengan menyebarkan gambar-gambar orang yang sudah tiada yang tidak menutup aurat di media sosial.Hal itu bukan sahaja menyebabkan sensitiviti keluarga terganggu, malah mengaibkan si m4ti.

Terbaru, Shuib meminta orang ramai dan media supaya tidak memuat naik gambar dan video arwah isterinya Siti Sarah yang tidak menutup aurat, (gambar-gambar, video lama).Shuib juga meminta supaya tidak tidak ceritakan kebaikan arwah secara berlebih-lebihan, cukuplah sekadar sederhana.

Perkara itu amat penting untuk diberi perhatian kerana ingin menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga serta waris mangsa.Pada masa yang sama, ia juga bagi merahsiakan identiti si mati agar tidak terdedah kepada sebarang penyalahgunaan.

Justeru, sebelum kita berkongsi atau menyebarkan sesuatu perkara di media sosial, fikirkan dahulu impaknya kepada orang lain.Cuba letakkan diri kita dalam situasi yang dihadapi pihak keluarga mangsa.

Apapun, wajib untuk kita menjaga aib orang lain.Malah, Islam juga mengajar umatnya untuk menutup aib sendiri daripada pengetahuan orang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *