“Allah Sedang Mengangkat Darjat Beliau, Teruskan Sabar PM Ku!”

Sejak semalam negara digemparkan mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikhabarkan akan meletakkan jawatan.

Menerusi satu perkongsian di Tiwtter, pelakon Johan As’ari mengatakan ramai yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik di zaman kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Johan lagi, Allah kini sedang mengangkat darjat beli dan disebabkan itu diberikan ujian berat kepada Muhyiddin. Dalam pada itu, Johan turut meminta Muhyiddin bersabar dengan segala dugaan.

Tengah hari tadi, Tan Sri Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan pada jam 1 petang tadi Muhyiddin sudah pun keluar dari Istana Negara.

Setakat ini, Khairy Jamaluddin sebentar tadi memaklumkan anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *